PELAN KOMUNIKASI STRATEGIK a) Merancang komunikasi strategik bagi menyokong visi, misi dan objektif organisasi. b) Membangunkan pelan komunikasi yang melibatkan aktiviti pengurusan acara, promosi dan publisiti, perhubungan stakeholder bagi menyokong KPI organisasi tercapai. c) Mengetuai aktiviti yang menyokong Pelan Komunikasi yang telah dirancang dan dibangunkan agar mencapai objektif yang ditetapkan.
KAWALAN AKTIVITI KOMUNIKASI Mengawal dan memantau aktiviti komunikasi sama ada dalaman atau luaran bagi memastikan imej korporat dan kredibiliti organisasi terpelihara.
PENGURUSANPRESTASI DIVISYEN
Merancang dan memantau Key Performance Index (KPI) divisyen dari semasa ke semasa agar menyokong sasaran yang telah ditetapkan oleh organisasi.
PEMBANGUNAN KAKITANGAN
Memimpin dan membina kakitangan melalui pembangunan kompetensi individu, dan menyokong inisiatif pembangunan sumber manusia, untuk membina kumpulan yang bermotivasi tinggi, produktif dan profesional untuk menyokong pencapaian objektif strategik
RANGKAIAN PERHUBUNGAN
Membina dan mengekalkan hubungan strategik dengan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) di peringkat persekutuan, negeri termasuklah agensi berkaitan, media, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain untuk memastikan kredibiliti organisasi terpelihara.
KOMUNIKASI PENTADBIRAN BAGI PEJABAT PENGERUSI
a) Mengurus dan melaksana semua urusan pentadbiran Pejabat Pengerusi Syarikat termasuk jadual dan yang berkaitan.
b) Menguruskan komunikasi antara pihak lain dengan Pejabat pengerusi.
c) Mengurus dan melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dari semasa ke semasa.
Bachelor Degree Business
Not disclosed.
Contract
10 - 20 Years
NGO
Communication, Public Relation & Publishing
Others
7 months, 20 days ago